Setiap wanita dan gadis mengimpikan kuku sihat dan cantik kerana kuku adalah sebahagian daripada cerminan diri. Andai kuku sihat, bermakna tuan punya badan pandai menjaga kebersihan diri.
Namun ada juga wanita dan gadis di luar sana enggan memelihara kecantikan kuku dengan alasan tiada siapa peduli tentangnya, tidak seperti kecantikan wajah.
Bagaimana mahu memastikan kuku cantik dan sihat agar pemakaian warna kuku kekal lama?
Haa disini ema nk kongsi sikit tips jaga kuku :)
Impian tanpa usaha memang tidak mendatangkan hasil. Jadi apa salahnya laburkan sedikit usaha untuk mendapatkan hasil yang diidamkan. Ada beberapa tip yang boleh diikuti untuk kuku sihat.
1. Rendam tangan dalam air suam bersama minyak zaitun yang ditambah kapsul vitamin E pada setiap malam sebelum anda melelapkan mata. Selepas 10 minit, keringkan lembut tangan dan urutnya. Jangan lupa untuk mengurut kuku anda!
2. Untuk kuku lebih sihat, makan tiga tablet kalsium laktat bersama air suam. Selain memelihara kekuatan kuku, kalsium berfungsi sebagai penenang natural. Anda akan lena dibuai mimpi indah selepas itu.
3. Bagi anda yang obses tentang kecantikan kuku, pasti tahu kebaikan makanan khusus seperti susu yang membekalkan kalsium dan Vitamin D, kobis mentah pula kaya Vitamin C & D serta sardin yang kaya iodin.
Namun begitu bukan semua sayur serta buah-buahan bagus untuk kuku korang tau . Jus sayuran dan lemon mengandungi asid yang boleh merosakkan kuku. Jadi, selepas memotong sayur atau lemon, pastikan tangan dicuci di bawah air sejuk yang mengalir secepat mungkin!
4. Pemakaian pewarna kuku menambah kecantikan kuku seseorang. Walau bagaimanapun, kuku yang kerap diwarna akan meninggalkan kotoran yang tidak nampak dengan mata kasar.
**Jus lemon sangat berkesan untuk membuang kotaran, namun jus lemon mengeringkan. Anda boleh menggantikan jus lemon dengan sepotong kentang dan sapukannya pada kuku dan tangan anda.
~ selamat mencuba ~
No comments:
Post a Comment