Monday, March 29, 2010

Mr . D

oH my my .. tetibe aku teringat plak kt mr.D ... huhu. :| then prasaan rindu dtg. adoi.. ape kena ntah. da berlalu kot cite2 dlu.. ;(

aish.. ssh nk ckp biarkn je la. Ya ALLAH . bg la mlm ni berlalu dgn cepat ..
adoi adoi . penat da otak nih. hahah :p

- sorry yah mr. A .. saya merajuk dgn awak ! -_-
so perasaan rindu kt org lain dtg plak.


- no comment -

BOSAN TAHAP CIPAN KERING !

HARI NI MCM BODOH JE. BOSAN BOSAN. . !
benci ... benci benci .. grrr ;\


- trima kasih sebab xlayan aku . -

Friday, March 26, 2010

Saya Suka !

oH my my ...

Saya Suka bila ...
- dye panggil saya sayang ..
- dye panggil saya dengan panggilan manja
- dye amik berat tentang saya ..
- dye SENYUM .. oh mymy sangat comey ! ;)
- dye HAPPY ..
- dye KETAWA ..
- dye suapkan makanan kt saya ..
- dye belai rambut saya ..
- dye bawak saya jalanjalan .. :)
- dye beli kan somthing utk saya dah saya memakainya..
- dye turut sygkan Balbyna bumbum saya..
- dye tenung muka saya ..
- dye pegang tangan saya . rasa sgt selamat ..! :)


Tapi .. Saya Tak Suka bila ..
- dye marah .. saya takot ;(
- dye diam kan diri .. saya tak tahu nak buat ape ;(
- dye sakit .. saya risau !
- dye tak hiraukan saya .. so cedey !
- dye tak makan sebab xde selera ..
- dye berambut panjang ! eeii ..
- dye biarkan saya menari sorang2 .. grr ;(



ape2 pn sy ttp sygkn dye . . :)
thnx fpr everything amir zakuwan ..

Thursday, March 25, 2010

Kuku sihat , Warna kekal


Setiap wanita dan gadis mengimpikan kuku sihat dan cantik kerana kuku adalah sebahagian daripada cerminan diri. Andai kuku sihat, bermakna tuan punya badan pandai menjaga kebersihan diri.

Namun ada juga wanita dan gadis di luar sana enggan memelihara kecantikan kuku dengan alasan tiada siapa peduli tentangnya, tidak seperti kecantikan wajah.

Bagaimana mahu memastikan kuku cantik dan sihat agar pemakaian warna kuku kekal lama?
Haa disini ema nk kongsi sikit tips jaga kuku :)

Impian tanpa usaha memang tidak mendatangkan hasil. Jadi apa salahnya laburkan sedikit usaha untuk mendapatkan hasil yang diidamkan. Ada beberapa tip yang boleh diikuti untuk kuku sihat.

1. Rendam tangan dalam air suam bersama minyak zaitun yang ditambah kapsul vitamin E pada setiap malam sebelum anda melelapkan mata. Selepas 10 minit, keringkan lembut tangan dan urutnya. Jangan lupa untuk mengurut kuku anda!

2. Untuk kuku lebih sihat, makan tiga tablet kalsium laktat bersama air suam. Selain memelihara kekuatan kuku, kalsium berfungsi sebagai penenang natural. Anda akan lena dibuai mimpi indah selepas itu.

3. Bagi anda yang obses tentang kecantikan kuku, pasti tahu kebaikan makanan khusus seperti susu yang membekalkan kalsium dan Vitamin D, kobis mentah pula kaya Vitamin C & D serta sardin yang kaya iodin.

Namun begitu bukan semua sayur serta buah-buahan bagus untuk kuku korang tau . Jus sayuran dan lemon mengandungi asid yang boleh merosakkan kuku. Jadi, selepas memotong sayur atau lemon, pastikan tangan dicuci di bawah air sejuk yang mengalir secepat mungkin!

4. Pemakaian pewarna kuku menambah kecantikan kuku seseorang. Walau bagaimanapun, kuku yang kerap diwarna akan meninggalkan kotoran yang tidak nampak dengan mata kasar.

**Jus lemon sangat berkesan untuk membuang kotaran, namun jus lemon mengeringkan. Anda boleh menggantikan jus lemon dengan sepotong kentang dan sapukannya pada kuku dan tangan anda.

~ selamat mencuba ~

Jum Makan Oren !



Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

** so ape lagi..jum makan oren beramai2 .. haha :) **

Balbyna oh Balbyna bumbum


Where is my Balbyna bumbum ?? huhu. da rindu tahap cipan kering da nih. adoi mak.. ;'(
nak tito malam2 pn xboley oh. grrr ;\
skang asyik tito lewat je .. tggu betul2 ngantuk bru bley tito.. law x, mmg xtito kot. huhu

Balbyna ... mana balbyna saya ni .. ;'(
nak balbyna .. nak balbyna .. nak balbyna .. nak balbyna .. nak balbyna.. nak balbyna.. nak balbyna.. nak balbyna ......... ~



sayannggg balbyna mucuk2 ..

Wednesday, March 24, 2010

Sakit Kaki.

Arrghh .. sakitnya kaki ni.. ! Da lama dah xrasa sakit kaki mcm ni . huhu :(
start sakit sbb da lama xjogging .. petang 2 ari lepas jog kt sekitar tasik umah amir zakuwan. dye memancing, aku jogging. sorang2 keliling tasik tu. klakar + bosan pn ada. haha . grrr ;\
Then esokkan arinye berjalan n berdansa mcm xingat dunia plak..eiii . ntah ape ape je. HAHA. :p
time nk blik tu.. Boley plak terjatuh masa nk lintas jalan .. GEDEBUKK ! amik ko mcm cipan mucuk je jatuh. wakaka. :))) bengong. sakit gila kot kaki ni. skru lutut ni ha da longgar kot ? ahaha !
MALU + tebal muka + sakit n mcm2 agi. adoiadoi .. org tu plak bley wat xtau je...bkn nk tolong angkat pn ! grrr . agak KECEWA ckit time tu. ;'(
Haa then pg td plak, time nk msuk lam toilet, terjatuh agi sbb licin n kaki x terkawal ke ape ntah. ish.. bUkkk ! jatuh lagi skali.. mmg malang oh .. -_- so, sakit ni bertambah2 .. wuwu.

ish3 . .sangat kecian kt budak ini..

Emy Asmida's bday celebration .

19032010 haritu .. adalah birthday kakak kesayangan aku Emy Asmida. Malam tu g celebrate kt restoran tian kee , area hotel K.T beach resort, kuala terengganu. seronok sbb dapat makan bersama2 ngan family walaupun abang aku sorang je xde. dye xley balik sbb keje.. huhu.
makanan kt situ bley tahan cedap la. yang paling aku suka .. steambot ! wah wah, mg cedap oh . hihi :)

ni la steambot dye. nyumnyumm ~ :p

with cemek akak ..

with ma n akak .. abah xde coz jg tukang amik pic ni haa.. hihi. nmpk hp je. tuan xde.. :p

~ HAPPY BIRTHDAY TO YOU KAKAK !~
**semoga cepat dpt jodoh n kawin ! haha **
** may ALLAH bless yu always . **
** muaahx :* luv yu .. ;) **

Thursday, March 18, 2010

9 Ayat tak patut diungkapkan pada Perempuan

1. "Boleh saya pegang tangan awak?"
- Apabila lelaki bercakap dengan kata-kata ni , seolah2 si lelaki ni tiada keyakinan diri, sangat takut untuk meluahkan apa yg terpendam . walau pn kamu ni seorg yg jujur , tapi jgn la sampai cakap macam ni .. haha

2. "Boleh saya mengajak awak keluar?"
- Sama seperti yg diatas, pempuan ni menginginkan lelaki yg boleh bertindak sebagai ketua, bukan yg hanya tahu meminta izin je ..

3. Apa sahaja yang brkaitan dengan pekerjaan, gaya diri dan sebagainya.
- Jangan seekali bertanyakan soalan yg mengarut terutamanya yg berkaitan dengan penampilan diri dan sebagainya. try la cakap camni kt gf or someone yg yu suka, 'eh, awak nmpak gemuk la bila pkai baju camni ' .. haa if pempuan tu ok, mybe dye bole terima tp dalam masa g sama hati dye mybe akan terasa la. tp if yg jenis xdpt trima mcm mana ? sah sah terus gaduh kt situ..ish3. so, pandai2 la ye ? :)

4. "Adakah awak suka pada saya ? "
- Haa yang ni satu lagi, walaupun soalan ni nmpak je remeh, tetapi pempuan memerlukan lelaki yang berkeyakinan diri. if tanya soalan mcm ni .. mmg xterserlah la keyakinan yg ada dlm diri si lelaki tu. tak gitu ? so, fikir-fikirkan la ..

5. " Saya mesej awak tadi tapi awak tak balas pn. kenapa ?? ape yg berlaku ?"
- Soalan ni pn nampak je remeh, tapi sebagai lelaki, kenala prihatin sikit.. if tiada respon tu cepatcepat la cari . If xpegi cari pn mybe pempuan xde kredit or tak nak diganggu kot ? :)

6. Bercerita yang buruk tentang kawan-kawannya.
- Sesetengah pempuan tak suka ungkit hal-hal yg dah lepas. Termasuklah dengan siapa dye berkawan sebelum ini. Paling teruk, jika kamu mengata bekas kekasihnya. Hal2 mcm ni la boleh timbulnya pergaduhan. silap2 aribulan, kamu xley nk ngorat dye. haa .. :p

7. "Sebelum ni sudah berapa ramai BF awak ? "
- Soalan ni nampak kasar & kurang ajar ckit. grrr ;\ . silap2 aribulan dapat penampar kot bukan jawapan ! haha ( padan muka ). perempuan ni xsuka lelaki yg biadap..so, jgn sesekali biadap terhadapnye ..

8. " Apa yang awak nak buat lepas ni ?"
- Perempuan sukakan lelaki yg mempunyai karisma ( achewah) .. so, lelaki yg patut merancang segala-galanya dan bukannya meminta pendapat seorang perempuan. but sometimes boley jgak tnya pn jgn selalu sudah.. haha

9. Bercakap tentang masa depan
- Perempuan yang tidak bersedia dalam perhubungan yg lebih serius memang tidak suka bercakap tentang soal masa depan. yela..benda belum tentu agi kan, so cakap tentang hal semasa sudah...wat ape nk kelam kabut kn ? fikir2kan la.. :)

* Jika lelaki terkenal dengan ego yang menebal dalam diri masing-masing, wanita juga pastinya mempunyai pendirian yang sama. Jika lelaki ada pantang larang, begitu jugalah dengan wanita. *

-ayat2 diatas ni utk sesetengah perempuan saja, xsume mcm tu kn. ada yg boleh trima dikritik, dan ada juga yg tak bley dikritik.. so, pandai2 la ye.

Terima kasih kerana sudi mmbaca ! ;)

Jalan-jalan di kuantan



17 mac 2010

Oh ya, dah lama aku plan nk pergi jln-jln kt kuantan .. akhirnya jadi jugak. walaupun xrmai yg join. yg pergi hanya aku, baby tyra & muzani je. mula2 plan mcm ramai la jgak, tp last2 yg ni je tinggal nk pergi. yela..yg lain bz n ada hal masing2 nk wat camne kn. but its ok for me. :)

tujuan nk pergi sukesuki aje. tgk movie, window shopping ( window ke ? ) haha :p jln-jln kt mall smpai lebam kaki ! hakhak :p
then smalam aku tgk movie3D Alice in Wonderland. Best sangat cite tu. oh i loike ! ;)
nk tau best mana cite tu kena la tgk sendiri kn ? hihi ..



- in cinema watching 3D Alice in wonderland -



*tired but enjoy .. :)

Wednesday, March 17, 2010

- Sepetang bersama Elya Eeka -


- 15 mac 2010 -

Lepakin with my best friend, eeka @ A&w pantai batu buruk, kuala terengganu .
time ni lepas je aku hantar ma n abah naik bus ke langkawi.. dorang ikut trip yg polis anjurkan, so aku xley nk follow .. wuwu. so sad !. a lil bored here. im alone at home mama ! :'(
anyway, special thnx to eka coz teman aku kt umah malam tu .. saje ngade2 . tetibe terasa takut plak duk sorang2 kt umah, so ajak la cemek ni teman .. hihi. luv yu friend ! ~

Koleksi video nyanyian

Haa ni adalah 2 video yg dpt dijumpai..yg lain ntah kt mana ntah aku letak. hihi.
sila sila tgk ye.
hope yu all enjoy watching my vids. ;)



**Sorry, video ni dirakam oleh kru yg bkerja kt situ..sbb tu vids ni jd tunggang terbalik! haha. :pp **
ni time perform kt Jerteh , Besut, Terengganu sempena karnival TM 2009.
sorry ye, tarikh xingat plak. hihi :p




**video ni dirakam oleh comby ( my BestFriend ) . agak jauh la ckit. tp tp, xstill ley tgk n dgr kn ? hihi . thnx to omby coz dtg support cuema malam tu. muahx :* **
- Time ni perform dekat pekan Kuala Berang sempena majlis perasmian mesra rakyat yg dirasmikan oleh menteri besar terengganu.
Malam tu aku perform 3 lagu iaitu Ayat-ayat cinta ( seperti lam vids diatas ) , kalis rindu & Matahariku . yang dua lagu ni xsempat nk rakam..bateri kong ! grr :\
p/s : yang ni pn aku terlupe tarikh dye. hihi. xpe, nti aku check balik oke ! ;p

> next vids akan aku update kn kt cni.. alrite. ;)

Tuesday, March 16, 2010

Cuti sem yang boring !

haiyooo... cuti sem kali ni memang agak membosankan ! grr.. geram je. balik2 kt umah for 4 days, da kena tinggal duk umah sorang2 dah. my parents pergi trip ke Langkawi. trip tu dianjurkan oleh polis. .. kalau boley nak je aku ikot !. tapi tapi ,, my mum said " ni trip yg polis buat. its only for couple..so, anakanak xley ikot ! duk umah aje la syg ye." aiyoo.. mmg kejam kankan ? cian aku kena duk umah sorg2.. uhuhx. :'(
kakak plak keje..so, mmg duduk org2 je la. nak kuar, nk pegi mana je ? aish.. :|
agak boring !! bwuu~
nasib baik cuti ni 1 week ++ je. haha.
Tetibe rindu kt someone lak. ( amir zakuwan ) haha :p
nevermind... hope tomorrow more better than today. yeah.. chill ema chill . ;)

The International Women's Day 2010

12 March 2010. Bertempat di Sutra Beach Resort, Terengganu.
Haa aritu aku dpt jemputan dr k.teh untuk perform menyanyi kt event tu. so, petang 12hb tu aku ditemani nur atirah razali ( baby tyra ) pergi ke event tu. aku perform time Hi-tea.. antara artis2 yg menjayakan event tersebut ialah ezad exist, sahri af, kak khaty & beberape org lagi yg aku xbrape nk ingt name mereka. haha. ( slalu mcm tu kn ) :P time hi-tea tu aku mempersembahkan 2 buah lagu iaitu Kalis rindu ( elyana ) & Jat dadada ( Dia fadilla ) . so enjoy that time. hihi ;)

macam biasa, lepas je hi-tea tu.. sesi bergambar la pulak !





Dinner time ! ~



baby tyra , kak teh , cuema

thnx to aidir coz amik pic ni. ( cantekk ) ;D


ni time berduet ngan ezad exist. lagu Dua insan . :)
so enjoy that nite. hihi


~ Special thanx to kak teh coz invited ema perform kt event tu. & thnx to baby tyra coz teman cuema pegi kt sana till malam. hihi. luv yu all ~ muahx :*

Tuesday, March 9, 2010

Jalanjalan di I-city sec 7 shah alam


I-city terletak di seksyen 7 shah alam . tempat tu mmg cantik sangat.. time aku pegi aritu petang + senja dah. ala2 nak malam gitu.. hihi. time tu mmg cantik coz dgn matahari yg da nak trun.. wah...! im in luv with that time. :p
tp malam2 lagi la cantik , siap dgn lampu lip lap lip lap agi haa.. aha.
bagi sesiapa yg blum pernah pergi ke i-city ni, try try lah pegi tgk ye. xrugi pun. ley cuci mata agi yaw, yela,, cuci mata ngan permandangan yg cantik ! ;p ( pikir lain la tu korg ni )

terima kasih kt abg mell and man kerana bwak aku ke sana then amik pic aku. pic2 yg diambil mmg cantik sangat. sukesuke ! ;p
then..special thanx to my lovely friend, cemek ella sebab teman kn aku g sana . yela, aku tau ko bosan, sbb tu nk je ikot kn kn ? ( lau x, jgn arap dye nk ikot ) HAHA ! * jgn marah cemek :p


* with cemek ella yg time ni malu malu miaw la plak.. ;p

if ada kesempatan lagi, next time aku nak g plak.. kali ni g ngan kekasih hati la plak kn.. hihi.
jalanjalan then amik pic together.. wah, how sweet o_O ( berangan jap) :p

Monday, March 8, 2010

~ Check this video .. so funny ! hahaha.



memang klakar gila video ni. xley blah la c dinosour kecik tu kentot smapi terbang2. haha !
sakit perut aku gelak time tgk vidz ni. hihi. mau gulinguling tgk ! grr .. ;p

Thursday, March 4, 2010

Study @ McDonal's

haaa last week, aku study economy kt mcdon sec 3 s.alam .. ramai gile oh org kt sana. tetiba hati aku bercakap, 'eh, bley study ke x ni ek ' sebab ramai gile org.. kikiki. mula2 kitorg ingat nk study dekat library s.alam .. achewahhh...sebut libary mcm sejuk ckit hati ni kan kan ? hahaha :p tapi malam tu.. oleh kerana semua orang lapar, plan nak study kt library tu xjadi la plak. terus berpindah tempat wat kt mcdon. yang join mlm tu,, aku, lihi, umi , paan, afiq, sue, mimi and ada agi 2 org tu. . aku lupa nama . wakaka.. asyik lupe je kan aku ni. grr ;\ tapi nak boley ke start study tu punya la lame. sebab tunggu sorang sorang nk boley ke datang punye la lame bebenor haa.. aish. -_- . janji pukul 8.30 tapi pkul 10 baru la sume ada . Janji melayu...mmg camtu kn ?



ngah kusyuk kira-kira .. haha



yeay..dapat jawapan ! wakaka.. :p

lepas da siap study group..sume pulang ke rumah masing2. tp time aku nk balik tu pun still ramai agi org kt mcdon. ish3... mcdon mcdon.. ;D




thanx to lihi (yg sebelah aku tu haa ) sebab amik aku kt umah aritu.. ehe. muaahx :*

Mr. & Miss M.S.U 2010



Yeah .. seperti yang aku jangka.. Mr. & Miss m.s.u 2010 mmg happening. hahah.. event tu start pada 1 mac 2010 yang lalu.. pukul 9 malam,, bertempat di teater hall m.s.u. acheewahhh ~ :p walaupun agak rushing dengan 1st exam time tu.. tp aku dapat ikot gak time yg dorang nk. hihi. (bangga jap ) :p
Oh ya, lupa nk ckp, aku merupakan contestant nombor 5. mula-mula we all kena catwalk one by one then after that baru ramai2.. im so nervous that time. walaupun hanya college competiton. hahah . tapi tapi,, tak pe, orang ckp starting mmg macam tu kn. so, kena bermula dari bawah.. start aktif dgn anjuran kolej pnya dulu. ngee .. ( macam bercitacita nak jd model lak aku nih. aiyo. hahaha.) nonono, its just for fun oke. suke suki je org kate.. :p

Haaaaa ! satu je yang aku lupa,, gambar peserta lelaki. *sebab bkn aku yg pegang camera time tu. * then time da event tu abis pun aku xamik jgak sbb xjupe dah ngan yg lain. masing2 sibuk amik pic n balik.. mybe ? bhahah . event tu diselang selikan dengan aturcara nyanyian .. tapi aku xkenal sape pnyanyi tu. ( kesian kan? ) haha :p *jgn marah . tapi suara that girl tu bley tahan cedap la. lalala ~
oke, the winner of Mr. and Miss m.s.u tu.. aku mmg da dpt agak la kn.. sbb that girl tu mmg cantik+comey. that boy lak..ley than encemnye. hihi . tapi aku xsempat nk bergambar plak.and yang paling teruk .. nama dorang aku tak ingat !! Gosh. what happen to me haa ?? hahaha -_- . ada pn gam bar ngn miss m.s.u. tu pn ramai2. gigigig ;\
Walau aku ak menang pn, atlease aku dpt pngalaman.. n yg penting aku enjoy oh mlm tu. klakar pn ada.. [aku je la yg tahu] *eh eh mcm lagu mila plak.* :p

okok, tgk je la pic pic yg sempat aku amik . tu pn time da abis event dah. hihi
check this out~

* pemenang Miss M.S.U tu ada kt tengah2. baju ala2 kuning gitu. auch.. mmg cantik la baju SPONSOR dia.. heh ;\






~ with pretty girls. . ~

***thanx for org yg datang support aku malam tu. . expecialy my love , amir zakuwan n my bestfriend, elya eeka with her bf..syukran. ;) .. im so happy even i xmenang oh. wink !***


Laici kang OH Laici kang !




***ni haa air Laici kang yg aku craving sgt **

Aish... da 2 ari dah aku craving gile kt laici kang. cari pnya la cari..tp still xdapat2 agi. camne ni ?? ;'( . Petang td pun aku n kekasih hati da g cari dah kat sekitar sec 13 s.alam ni.. tp xde jgak. ( xtahu la if kt sec lain ada kot ? ) ;] hehe. xpe2, aku da suruh syg aku carikan.. xley tito malam oh smlm. teringat je. mybe sebab da lama xminum air tu kot. aishh.. bahaya tul bila aku dah start craving kt something ni. haha. *mcm org pregnant plak. gila oh. grr ;\
hope sgt sgt dapat minum air laici kang tonite. fuh fuh! jumpa laaaaa syg !
**muka yang xdapat minum air laicikang. grrr ;\ geram oh.**

Welcome to My Blog.


Hoyeaahhh ... akhirnya menjadi jugak aku buat blog ni. da lame da tergerak hati nk buat blog ni. tapi.. xbuat2. ntah knape ntah ngan hati aku harini.. tetiba je nak buat blog. Haha. (org nk wat blog aku nk wat jgak.. hihi :p) ..
~ *SO, WELCOME TO MY BLOG * ~ ;))