Thursday, March 18, 2010

9 Ayat tak patut diungkapkan pada Perempuan

1. "Boleh saya pegang tangan awak?"
- Apabila lelaki bercakap dengan kata-kata ni , seolah2 si lelaki ni tiada keyakinan diri, sangat takut untuk meluahkan apa yg terpendam . walau pn kamu ni seorg yg jujur , tapi jgn la sampai cakap macam ni .. haha

2. "Boleh saya mengajak awak keluar?"
- Sama seperti yg diatas, pempuan ni menginginkan lelaki yg boleh bertindak sebagai ketua, bukan yg hanya tahu meminta izin je ..

3. Apa sahaja yang brkaitan dengan pekerjaan, gaya diri dan sebagainya.
- Jangan seekali bertanyakan soalan yg mengarut terutamanya yg berkaitan dengan penampilan diri dan sebagainya. try la cakap camni kt gf or someone yg yu suka, 'eh, awak nmpak gemuk la bila pkai baju camni ' .. haa if pempuan tu ok, mybe dye bole terima tp dalam masa g sama hati dye mybe akan terasa la. tp if yg jenis xdpt trima mcm mana ? sah sah terus gaduh kt situ..ish3. so, pandai2 la ye ? :)

4. "Adakah awak suka pada saya ? "
- Haa yang ni satu lagi, walaupun soalan ni nmpak je remeh, tetapi pempuan memerlukan lelaki yang berkeyakinan diri. if tanya soalan mcm ni .. mmg xterserlah la keyakinan yg ada dlm diri si lelaki tu. tak gitu ? so, fikir-fikirkan la ..

5. " Saya mesej awak tadi tapi awak tak balas pn. kenapa ?? ape yg berlaku ?"
- Soalan ni pn nampak je remeh, tapi sebagai lelaki, kenala prihatin sikit.. if tiada respon tu cepatcepat la cari . If xpegi cari pn mybe pempuan xde kredit or tak nak diganggu kot ? :)

6. Bercerita yang buruk tentang kawan-kawannya.
- Sesetengah pempuan tak suka ungkit hal-hal yg dah lepas. Termasuklah dengan siapa dye berkawan sebelum ini. Paling teruk, jika kamu mengata bekas kekasihnya. Hal2 mcm ni la boleh timbulnya pergaduhan. silap2 aribulan, kamu xley nk ngorat dye. haa .. :p

7. "Sebelum ni sudah berapa ramai BF awak ? "
- Soalan ni nampak kasar & kurang ajar ckit. grrr ;\ . silap2 aribulan dapat penampar kot bukan jawapan ! haha ( padan muka ). perempuan ni xsuka lelaki yg biadap..so, jgn sesekali biadap terhadapnye ..

8. " Apa yang awak nak buat lepas ni ?"
- Perempuan sukakan lelaki yg mempunyai karisma ( achewah) .. so, lelaki yg patut merancang segala-galanya dan bukannya meminta pendapat seorang perempuan. but sometimes boley jgak tnya pn jgn selalu sudah.. haha

9. Bercakap tentang masa depan
- Perempuan yang tidak bersedia dalam perhubungan yg lebih serius memang tidak suka bercakap tentang soal masa depan. yela..benda belum tentu agi kan, so cakap tentang hal semasa sudah...wat ape nk kelam kabut kn ? fikir2kan la.. :)

* Jika lelaki terkenal dengan ego yang menebal dalam diri masing-masing, wanita juga pastinya mempunyai pendirian yang sama. Jika lelaki ada pantang larang, begitu jugalah dengan wanita. *

-ayat2 diatas ni utk sesetengah perempuan saja, xsume mcm tu kn. ada yg boleh trima dikritik, dan ada juga yg tak bley dikritik.. so, pandai2 la ye.

Terima kasih kerana sudi mmbaca ! ;)

No comments:

Post a Comment